PROMO BUKU: Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang

Olahragawan Kebangsaan di Anugerah Sukan Negara 1977, Dato’ Shukor Salleh, telah melakar sejarah bersama pasukan bola sepak Malaysia.

Daripada menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak empat kali kepada memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 dan kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Buku DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG merangkumi kisah perjuangan Dato’ Shukor Salleh dan sejarah zaman kegemilangan Harimau Malaya sekitar 1970an.

Buku berkulit tebal ini lengkap dengan hampir 300 foto eksklusif dan termasuk juga kata-kata daripada legenda-legenda bola sepak negara seperti Allahyarham Dato’ Namat Abdullah, Allahyarham Khalid Ali, Datuk Wira Soh Chin Ann, dan Dato’ Santokh Singh.

Semasa stok masih ada, Legasi Lagenda ingin menawarkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang dengan HARGA PROMO RM145 sahaja. Setiap pembelian buku disertakan bookmark Dato’ Shukor Salleh percuma!

Dapatkan sekarang di sini!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#GaleriHarimauMalaya

Leave A Reply

Your email address will not be published.