50 Tahun Sejak Lawatan Pertama Pasukan Bola Sepak China

Pada 15 April 2025, Malaysia menyambut kedatangan Presiden China Xi Jinping dalam lawatan rasmi ke negara ini selama tiga hari. Presiden Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara pada hari Rabu sempena lawatannya atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Presiden Xi Jinping dijadual berangkat pulang pada hari ini.

Malaysia dan Republik Rakyat China telah menjalin hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974 selepas perjumpaan antara Perdana Menteri kedua-dua buah negara, Tun Abdul Razak dan Zhou Enlai. Tahun lepas menandakan 50 tahun.

Sebelum itu, sukan telah menghubungkan kedua-dua negara apabila pasukan pingpong dan badminton dijemput China untuk melawat dan mengadakan perlawanan persahabatan pada tahun 1973. Matlamatnya “bukan sekadar untuk ‘bermain’ tetapi untuk mengukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara” seperti yang dijelaskan oleh ketua rombongan Malaysia, Ahmad Sabki Jahidin semasa ucapan majlis makan malam untuk menyambut kedatangan mereka.

Tahun 2025 menandakan 50 tahun sejak sebuah pasukan bola sepak dari negara China melawat Malaysia buat kali pertama. Mereka dijemput untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan dan juga untuk melwat Pulau Pinang dan Kuantan untuk perlawanan dengan pasukan Pilihan Pulau Pinang dan Pilihan Pantai Timur.

Sukan tidak mengira sempadan. Sukan dapat mengeratkan perhubungan di antara negara seperti mana perhubungan Malaysia-China yang telah terjalin sejak sekian lama. Sukan juga tidak mengenal warna. Ia menyatupadukan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya.

Daripada #ArkibLegasiLagenda, kami mempamerkan buku program lawatan China ke Malaysia pada tahun 1975 dan skuad kebangsaan Malaysia.

//

50 Years Since Chinese Football Team’s First Visit

On 15 April 2025, Malaysia welcomed Chinese President Xi Jinping as he began a three-day state visit. President Xi received a state welcoming ceremony at Istana Negara on Wednesday at the invitation of His Majesty Sultan Ibrahim. He is scheduled to depart later today.

Malaysia and The People’s Republic of China first established diplomatic relations on May 31, 1974, following the meeting of Prime Minister Tun Abdul Razak and Premier Zhou Enlai, which marked 50 years last year.

Prior to this in 1973, sport began to forge relations between both countries when Malaysia’s table tennis and badminton teams were invited by China for tours and friendly matches. The goal was “not just to play, but to also strengthen the bond between the two nations,” as said by Malaysia’s entourage leader Ahmad Sabki Jahidin at their welcome dinner.

2025 marks 50 years since the first time China’s football team visited Malaysia. Over the course of a week, China was invited to play a series of friendly matches with the Malaysian national team, as well as visits to Penang and Kuantan to take on the Penang Selection and East Coast Selection teams respectively.

Sports know no boundaries. It can strengthen bonds between countries such as the long-standing relations between Malaysia and China. Sports also do not know colour and has the power to unite Malaysians and celebrate our diversity of races and cultures.

From Legasi Lagenda’s archives, we showcase the tournament programme of China’s visit to Malaysia in 1975 as well as the Malaysian national football team.

Leave A Reply

Your email address will not be published.