21 MAC 1980 – Hatrik Untuk Wira Pasukan Khalid Ali & Hassan Sani
45 tahun lalu pada hari ini, Malaysia bertemu Indonesia untuk perlawanan pembukaan kejohanaan Pra-Olimpik Kumpulan Dua Peringkat Asia. Tuan rumah Malaysia muncul sebagai pemenang setelah membenam Indonesia 6–1 dengan yakinnya untuk kemenangan di padang sendiri.
Khalid Ali dan Hassan Sani menjadi wira pasukan malam itu apabila masing-masing menjaringkan hatrik, Khalid Ali yang membuka laluan pada minit ke-29 dengan gol pertamanya sebelum diikuti Hassan Sani 10 minit kemudian. Sebelum separuh masa, Khalid berjaya menjaringkan satu lagi gol untuk menjadikan perlawanan 3-0.
Pada separuh masa kedua, Malaysia tetap mengekalkan momentum mereka untuk menumpaskan kubu pertahanan Indonesia yang longgar di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Merdeka.
Penyerang muda Hassan Sani mempamerkan prestasi yang tinggi apabila pemain yang berusia 21 tahun itu memberikan Malaysia dua lagi gol pada minit ke-48 dan ke-68. Sementara itu, gol ketiga daripada Khalid dijaringkan pada minit ke-51. Persembahan beliau tentunya telah membuktikan bahawa pengalihan posisinya daripada pemain pertahanan kepada pemain tengah merupakan pertukaran yang tepat. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan itu.
Setelah selesa mendahuhui dengan skor yang besar 6–0, Malaysia sedikit leka apabila Hadi Ismante berjaya mengambil kesempatan untuk menewaskan penjaga gol R. Arumugam untuk memberikan Indonesia gol tunggal mereka pada minit ke-85.
Jurulatih pasukan kebangsaan Karl Weigang sememangnya bangga dengan keputusan perlawanan yang melebihi semua jangkaan mereka. Kemenangan besar pada perlawanan pembukaan ini membekalkan keyakinan kepada Malaysia sebelum mereka bertemu dengan pasukan Korea Selatan, Jepun, Brunei dan Filipina dalam Kumpulan Dua Peringkat Asia.
Skuad Malaysia: R. Arumugam, Jamal Nasir (Wan Jamak Wan Hassan), Kamaruddin Abdullah, Soh Chin Ann, Santokh Singh, Khalid Ali, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Zulkifle Hamzah (Abdullah Ali), James Wong, Hassan Sani
.
MARCH 21, 1980
Hat Tricks for Team’s Stars Khalid Ali & Hassan Sani
45 years ago on this day, Malaysia met Indonesia in the opening match of the Asia Group Two Pre-Olympic Games. As hosts, Malaysia managed to confidently defeat Indonesia 6–1 for a swift victory on home soil.
Securing a hat-trick each, two heroes emerged from the match and they were Khalid Ali and Hassan Sani.
Khalid Ali paved the way in the 20th minute with his first goal, followed by Hassan Sani 10 minutes later. Shortly before half-time, Khalid managed to net another goal to make it 3–0.
Malaysia kept their momentum going in the second half and continued to take down Indonesia’s poor defence in front of 20,000 fans at the Merdeka Stadium.
Young striker Hassan Sani showed star quality on the pitch delivering two more goals. The 21-year-old’s successful shots in the 48th and 68th minutes made it 5–0. Meanwhile, Khalid’s third goal came in the 51st minute, justifying his career switch from defence to an attacking midfielder. He then emerged from the tournament as its top scorer.
Evidently, Malaysia’s 6–0 lead caused them to let their guard down and Indonesia’s Hadi Ismante managed to slip past goalkeeper R. Arumugam in the 85th minute to get them on the board.
Coach Karl Weigang was ecstatic with the results, as the national team exceeded all expectations. Malaysia was now equipped with a boost of confidence early on in the competition before they took on South Korea, Japan, Brunei and Philippines for the rest of their matches of the Asia Group Two Pre-Olympic Games.
Malaysia line-up: R. Arumugam, Jamal Nasir (Wan Jamak Wan Hassan), Kamaruddin Abdullah, Soh Chin Ann, Santokh Singh, Khalid Ali, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Zulkifle Hamzah (Abdullah Ali), James Wong, Hassan Sani