Selamat Hari Lahir, Safawi Rasid & Luqman Hakim!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir kepada dua bintang bola sepak Malaysia, Safawi Rasid dan Luqman Hakim! 

Safawi Rasid, yang berusia 28 tahun hari ini, memulakan karier bola sepaknya dengan Akademi Kelab Bola Sepak T-Team pada usia 15 tahun. Dari muda lagi, Safawi menunjukkan kemahiran yang telah membawa beliau ke penampilan sulung profesional di Piala Malaysia 2014 bersama T-Team. 

Terserlah sebagai pemain harapan, beliau menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim untuk bermula pada musim 2017. Pada tahun itu, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Super sebelum memenangi Piala Malaysia pertama JDT dan menjuarai liga. Safawi seterusnya dinobatkan Pemain Paling Berharga dua tahun berturut-turut di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM pada 2018-19. Kini, Safawi beraksi bersama Terengganu FC setelah dipinjamkan oleh JDT. 

Safawi membuat penampilan sulung bagi pasukan Harimau Malaya pada 2016 dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya di Kelayakan Piala Asia AFC 2019 menentang Korea Utara pada 2017. Bersama Malaysia, beliau telah menjuarai Pestabola Merdeka, dinobatkan naib juara Sukan SEA dan Kejohanan AFF, serta layak ke Piala Asia AFC 2023. 

Luqman Hakim pula menyambutkan hari kelahiran ke-23 hari ini. 

Seorang pemain remaja sensasi apabila beliau menyertai pasukan Malaysia B-16 pada 2018, Luqman kemudian dipilih menyertai Malaysia B-23 untuk Sukan SEA 2019. Beliau tampil buat kali pertama bersama pasukan senior setelah dipanggil untuk perlawanan persahabatan Malaysia v Bahrain pada 2021. 

Luqman yang memulakan perjalanannya di Akademi Mokhtar Dahari bawah bimbangan Lim Teong Kim memuji jurulatihnya dan masa beliau di sana yang membantu beliau memperoleh disiplin di dalam dan luar padang. 

Pada 2020, impian penyerang muda itu untuk beraksi di Eropah tercapai dengan menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk. 

Luqman berharap untuk kembali ke Liga Malaysia untuk musim depan, menyatakan bahawa beliau mahu terus mengembangkan kerjaya bola sepaknya di tanah air dengan mendapatkan lebih minit permainan serta dekat dengan keluarga. 

Kami mengucapkan selamat hari lahir kepada kedua-dua mereka dan berharap kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda dan akan datang!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#galeriharimaumalaya
#harimaumalaya

Legasi Lagenda would like to wish a happy birthday to two homegrown stars, Safawi Rasid & Luqman Hakim! 

28 years old today, Dungun-born Safawi Rasid began his football journey with T-Team Football Club Academy at 15 years old. At a young age, he showed impressive skills that led him to his professional debut at the 2014 Malaysia Cup with T-Team. 

With all eyes on Safawi as a promising player, he was signed to Johor Darul Ta’zim to start in the 2017 season. In that year, he scored his first goal in the Malaysian Super League with JDT before winning both the league and JDT’s first Malaysia Cup title. Safawi went on to win Most Valuable Player two years consecutively at FAM’s National Football Awards in 2018-19. He is currently on loan to Terengganu FC. 

Safawi made his debut for Malaysia in 2016, scoring his first international goal in 2017 at the 2019 AFC Asian Cup qualifiers against North Korea. With the national team, he has won a Merdeka Tournament title, and was runner-up at the SEA Games, AFF Championship and King’s Cup, as well as qualifying for the 2023 AFC Asian Cup. 

Meanwhile, Luqman Hakim, the Kelantan talent turns 23 today. 

A teenage sensation when he first joined the Malaysian U16 national team in 2018, he emerged as top scorer of the AFC U16 Championships. He was then selected to join the U23 Malaysian squad at the 2019 SEA Games. Luqman made his senior debut when he was called up for a 2021 friendly match between Malaysia and Bahrain. 

Starting his career at the Mokhtar Dahari Academy under the tutelage of Lim Teong Kim, Luqman speaks highly of his coach and his time there that helped him gain independence and discipline on and off the pitch.

After a brief time with Selangor II, the young striker eventually achieved his European dream by joining Belgian club KV Kortrijk in 2020.

He has recently made the announcement that he will return to the Malaysian League for the upcoming season, citing that he hopes to continue developing his football career while being closer to his home and family. 

We wish both stars a happy birthday and hope their successes become an inspiration to the younger and future generations! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.