Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tunku Abdul Rahman – 8 Februari 1903

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tunku Abdul Rahman, kami mengenang jasa beliau sebagai pemangkin kepada dunia bola sepak Malaysia yang telah berubah lanskap untuk selamanya. 

Perdana Menteri pertama Malaysia terlibat dalam pelbagai bidang sukan atas kecintaan beliau sendiri. Seorang peminat sukan sejak kecil, beliau percaya bahawa sukan dapat menyatukan rakyat daripada berbilang kaum, agama dan lapisan masyarakat. 

Setelah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaya / Malaysia (FAM) pertama yang bukan daripada keturunan British pada tahun 1951, beliau mengambil tanggungjawab tersebut dengan serius untuk membangunkan bola sepak di Malaya. Beliau juga merupakan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang paling lama memegang jawatan dari 1958 hingga 1977.

Dengan pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu sumbangan terbesar Tunku ialah pembinaan Stadium Merdeka dan mewujudkan pertandingan bola sepak jemputan tertua di Asia, iaitu Pestabola Merdeka. Kejohanan tersebut berkembang menjadi pertandingan berprestij dan menarik minat lawan dari negara-negara jiran.

Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama pasukan bola sepak kebangsaan Malaya pada 1958, setelah muncul juara edisi kedua Pestabola Merdeka. Kejohanan round-robin itu berakhir dengan Malaya di tangga teratas kumpulan diikuti oleh Hong Kong sebagai naib juara.

Bola sepak dijadikan simbol perpaduan negara kerana Tunku Abdul Rahman. Kami berharap dedikasi beliau dalam evolusi bola sepak dan semangat patriotik yang beliau tanamkan dalam rakyat Malaysia terus diingati dan dihargai oleh semua. 

//

Today, on his birthday, we remember Tunku Abdul Rahman and his pioneering contributions to Malaysian football that changed the game forever. 

Malaysia’s first Prime Minister wore many hats when involved in sports as it was a field he was particularly passionate about. A sportsman himself since young, he was a firm believer that sports could unite people of different races, religions and social backgrounds. 

After becoming the first non-British President of the Football Association of Malaya / Malaysia (FAM) in 1951, he took his post seriously in the development of football in Malaysia. He was also the longest serving President of the Asian Football Confederation (AFC) from 1958 to 1977. 

As Malaysia approached independence in 1957, one of Tunku’s greatest achievements was building the Merdeka Stadium and announcing Asia’s first and oldest invitational football competition, the Merdeka Tournament. grew to be highly prestigious and attracted worthy opponents from neighboring countries.

Pictured above is Tunku Abdul Rahman with the Malayan national football team in 1958, after emerging as champions of the second edition. The round-robin tournament ended with Malaya at the top of the leaderboard followed by Hong Kong as runners-up. 

Football became a symbol of national unity because of Tunku. We hope that his dedications towards its evolution and the patriotic spirit he instilled in Malaysians continue to be remembered and appreciated by all.

Leave A Reply

Your email address will not be published.