50 tahun lalu dalam sejarah sukan Malaysia, Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1974 telah dianugerahkan kepada Punch Gunalan (badminton) dan Rani Kaur (hoki).
Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1974 jatuh kepada legenda badminton negara, Punch Gunalan. Beliau yang telah bersara pada tahun itu menjadi pemenang jelas setelah merangkul undi majoriti yang besar. Ini merupakan kali kedua bagi beliau, yang pernah menerima anugerah sama pada tahun 1969.
Ia semestinya sebuah penghargaan yang bermakna bagi Punch Gunalan, yang telah mengumumkan beliau akan bersara selepas kembali daripada kejohanan badminton All-England 1974. Pingat terakhir beliau yang dibawa balik untuk Malaysia merupakan pingat perak dalam acara perseorangan lelaki. Pada awal tahun tersebut, beliau juga telah memenangi pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel 1974.
Rani Kaur pula merupakan wanita Sikh pertama untuk dianugerahkan Olahragawati Kebangsaan. Beliau pernah dicalon pada tahun 1971.
1974 sememangnya tahun yang penuh dengan kejayaan dalam kerjaya Rani Kaur. Sebagai kapten pasukan hoki wanita negara, beliau membawa Malaysia ke podium juara Kejohanan Hoki Wanita Asia ke-2, di mana beliau turut menjadi penjaring terbanyak dengan enam gol.
Malaysia berjaya menjulang trofi yang diidamkan setelah menewaskan Jepun 1–0 dalam perlawanan terakhir mereka. Hanya memerlukan seri untuk memenangi kejohanan round robin itu, Malaysia mengejutkan semua apabila mereka menumbangkan juara bertahan. Rani memulakan aksi gol kemenangan dengan pukulan percuma ke arah Yap Siew Bee. Dalam pergelutan di atas kotak D, Siew Bee berjaya melepaskan rembatan yang terkena pemain pertahanan Jepun dan melantun ke dalam gawang gol.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#galeriharimaumalaya
50 years ago in Malaysian sporting history, the National Sportsman and Sportswoman of the Year awards were presented to Punch Gunalan (badminton) and Rani Kaur (hockey).
The 1974 Sportsman of the Year was awarded to national badminton legend Punch Gunalan. Retiring from the sport that year, he became the clear winner after claiming a huge majority of votes. This was his second win after previously accepting the award in 1969.
It was an occasion that fittingly marked the end of the shuttler’s career after announcing that he was retiring upon returning from the 1974 All-England badminton championships. He managed to bring one more medal home for Malaysia, a silver in Men’s Singles. Earlier that year, Punch had claimed the Men’s Singles gold medal at the 1974 Commonwealth Games.
Rani Kaur was the first Sikh woman to win the Sportswoman of the Year award, after previously being nominated in 1971.
1974 was indeed an incredible year for Rani’s career. As captain of the women’s hockey team, she successfully led Malaysia to victory at the 2nd Asian Women’s Hockey Championship, where she was top scorer with six goals.
Malaysia walked away with the coveted trophy after defeating Japan, 1–0 in their final match. Needing only a draw to win the round robin tournament, Malaysia surprised most by taking down the defending champions. Rani started off the winning goal with a free hit that went towards Yap Siew Bee, whose shot deflected off a Japanese defender during a scramble and landed into the net.