Bersama Olimpian dan Kapten Malaysia

Baru-baru ini Legasi Lagenda sekali lagi berpeluang untuk bersama legenda bola sepak negara, Looi Loon Teik dan Soo-Toh Kim Poh di Kedah. 

Mereka adalah antara ramai legenda bola sepak negara yang berterusan memberi sokongan dan semangat untuk mengumpul data dan informasi ke arah mewujudkan sebuah Galeri Harimau Malaya. Tujuan ini adalah supaya generasi muda mengenal mereka yang telah banyak berjasa dan mempelajari evolusi sejarah Harimau Malaya. Pada masa yang sama, yang seangkatan dengan mereka dapat bernostalgia dengan kehebatan dan kejayaan mereka.

Looi Loon Teik telah membuktikan bahawa beliau berjaya bangkit daripada detik hitam hidupnya. Setelah enam tahun didiagnos mempunyai penyakit dan mengasingkan diri daripada mewakili negara, beliau berjaya kembali menunjukkan prestasi tinggi dan diminta untuk menyarung jersi Malaysia. Tidak lama kemudian, beliau membantu pasukan layak ke dan beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Manakala pemain pertahanan Soo-Toh Kim Poh membuktikan sifat kepemimpinan yang tinggi apabila diangkat sebagai ketua pasukan negara di Kejohanan Belia Asia pada tahun 1965 di mana Malaysia memenangi pingat gangsa. Beliau juga membantu pasukan kebangsaan merampas kembali piala Pestabola Merdeka pada tahun 1968 setelah kali terakhir menjuarainya pada tahun 1960.

Sekalung penghargaan kepada Loon Teik dan Kim Poh yang sudi berkongsi pengalaman dan membantu kami mengemas kini #arkiblegasilagenda. Ribuan terima kasih kerana mewarnai dunia bola sepak tempatan. Segala pengorbanan dan kejayaan anda berdua sangat dihargai dan kami percaya anda terus menjadi inspirasi kepada generasi muda.

//

Legasi Lagenda once again had the opportunity to meet with national football legends, Looi Loon Teik and Soo-Toh Kim Poh in Kedah recently. 

They are among the many national football legends who continue to support and show enthusiasm in our data and information collection towards establishing Galeri Harimau Malaya. This initiative is driven with the intention that the younger generation gets to learn about the historical evolution of Harimau Malaya and know the key players who have contributed. At the same time, those from the same generation as these legends can be nostalgic about their greatness and successes.

Looi Loon Teik has proven that he has managed to rise from the darkest moments of his life. After six years of being diagnosed with a disease and isolating himself from representing the country, he managed to return with a stellar performance and was asked to wear the Malaysian jersey once again. Soon enough, he helped the team qualify and compete at the 1972 Munich Olympic Games. 

Meanwhile, defender Soo-Toh Kim Poh proved his great leadership qualities when appointed as the captain of the national team at the Asian Youth Championship in 1965, where Malaysia won the bronze medal. He also helped the national team regain the Merdeka Tournament trophy in 1968 after last winning in 1960.

A heartfelt thanks to Loon Teik and Kim Poh who were willing to share their experiences and help us update #ArkibLegasiLagenda, as well as contributing to Malaysia’s football scene. All your sacrifices and successes are greatly appreciated and we believe you are an inspiration for the younger generation.

Leave A Reply

Your email address will not be published.