Selamat Hari Lahir, Dato’ Dollah Salleh!
Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir yang ke-61 kepada legenda bola sepak Dato’ Dollah Salleh, bekas pemain serta jurulatih Harimau Malaya.
Sebagai salah seorang pemain bola sepak terkemuka Malaysia pada tahun 1980-90-an, beliau merupakan penyerang yang berbisa dengan penyerang pasangannya, Zainal Abidin Hassan. Bersama Harimau Malaya, beliau telah membantu pasukan kebangsaan meraihkan kejuaraan di Pestabola Merdeka 1986 dan 1993 serta setiap satu pingat di Sukan SEA: gangsa pada 1985, perak pada 1987 dan akhir sekali pingat emas pada tahun 1989.
Dollah juga bermain di edisi pertama Kejohanan Bola Sepak ASEAN yang dikenali sebagai Tiger Cup pada tahun 1996. Malaysia dinobatkan sebagai naib juara selepas ditewaskan oleh Thailand 1–0 pada perlawanan akhir. 18 tahun kemudian, Dollah telah membimbing pasukan kebangsaan Malaysia ke tempat kedua sekali lagi di Piala AFF Suzuki 2014.
Semoga segala pencapaian dan pengorbanan Dato’ Dollah Salleh menjadi inspirasi kepada generasi muda dan yang akan datang.
//
Happy birthday, Dato’ Dollah Salleh!
Legasi Lagenda wishes a happy 61st birthday to national football legend Dato’ Dollah Salleh, former player and coach of Harimau Malaya.
As one of Malaysia’s formidable players during the 1980-90s, Dollah was a strong striker alongside Zainal Abidin Hassan. With Harimau Malaya, he helped bring the national team to victory at the 1986 and 1993 Merdeka Tournament as well as clinching one of every medal at the SEA Games: bronze in 1985, silver in 1987 and finally gold in 1989.
Dollah also played at the first edition of the ASEAN Football Championship when it was known as the Tiger Cup in 1996. Malaysia were declared runners-up after being defeated by Thailand 1–0 in the finals. 18 years later, Dollah coached the Malaysian national team to second place once again at the 2014 AFF Suzuki Cup.
We hope that all of his successes and sacrifices will continue to be an inspiration for the younger and future generations.