Kenali legenda-legenda bola sepak Melaka di Galeri Harimau Malaya
Serba ringkas tentang legenda-legenda bola sepak dari Melaka yang akan membuat penampilan di Galeri Harimau Malaya hujung minggu ini.
ROBERT CHOE merupakan legenda bola sepak kebangsaan dari era 1950-60an. Seorang penyerang yang digeruni bersama Abdul Ghani Minhat, beliau telah memenangi beberapa pingat kejohanan antarabangsa dengan pasukan Malaya.
SOH CHIN ANN telah menabur bakti pada zaman kegemilangan Harimau Malaya, termasuk layak ke Sukan Olimpik dua kali (1972 & 1980). Beliau pernah mendahului carta pemilik kaps terbanyak di dunia dengan jumlah 195, yang telah diiktirafkan oleh FIFA.
WONG KUW FOU mewakili Malaysia dari tahun 1972 hingga 1980. Bersama Harimau Malaya, beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Teheran 1974 setelah muncul sebagai juara Pestabola Merdeka pada tahun yang sama.
REMELI JUNIT mula beraksi dengan pasukan belia Malaysia pada tahun 1974. Antara pencapaian beliau termasuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 walaupun temasya sukan tersebut diboikot oleh kerajaan Malaysia.
Kami akan mempamerkan memorabilia dari era 1950-an hingga kini termasuk
Tracksuit dan Memorabilia SUKAN OLIMPIK MUNICH 1972
Pingat gangsa SUKAN ASIA 1974
Memorabilia KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK 1980
dan banyak lagi!!
Marilah datang beramai-ramai ke Stadium Hang Tuah dan kenali legenda-legenda bola sepak yang telah mencurahkan jasa demi Malaysia.
TARIKH: 12 & 13 OKTOBER 2024
MASA: 8:00 pagi – 6:00 petang
LOKASI: Stadium Hang Tuah, Melaka
Jumpa anda di sana!