12 OGOS 1973 – AKSI FINAL PESTABOLA MERDEKA KE-17

Pada 12 Ogos 1973, Malaysia bertemu Kuwait, yang pertama kali beraksi di Pestabola Merdeka, untuk perlawanan akhir edisi ke-17. Pada tahun sebelumnya, Malaysia tewas kepada Korea Selatan di perlawanan akhir dan akur dengan kejayaan sebagai naib juara kejohanan.

Malaysia buat pertama kalinya menentang Kuwait dalam perlawanan pemilihan kumpulan di mana Malaysia menang 3-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan. Perjalanan Malaysia ke peringkat akhir adalah seperti di bawah:

Malaysia 1 – 0 Kemboja (Soh Chin Ann 20′)
Malaysia 2 – 2 Thailand (Wan Hassan 21′, Mokhtar Dahari 52′)
Malaysia 4 – 0 India (Rahim Abdullah 20′, Namat Abdullah 60′, Harun Jusoh 62′, Mokhtar Dahari 88′)
Malaysia 1 – 2 Korea Selatan (Wong Voon Leong 67′)
Malaysia 2 – 1 Burma (Wong Choon Wah 10′, Namat Abdullah 61′)

Diketuai oleh kapten pasukan M. Chandran, Harimau Malaya bersedia dengan penuh keyakinan dan pada masa yang sama berada dalam tekanan tinggi untuk menjuarai Pestabola Merdeka. Kali terakhir Malaysia meraih kejuaraan adalah pada 1968 setelah pasukan kebangsaan menang 3-0 ke atas Burma pada perlawanan akhir.

Kuwait membuka tirai dengan menjaringkan gol pertama dua minit setelah wisel permulaan ditiup melalui Hussain Mohamed. Tersentak dengan gol awal tidak melunturkan semangat malah membuatkan mereka bangkit semula. Mokhtar Dahari berjaya menjaring gol pertama untuk Malaysia pada minit ke-14 sebelum Harun Jusoh merembat bola melepasi penjaga gol Kuwait enam minit kemudian.

Pada separuh masa kedua, Malaysia masih menunjukkan kekuasaan mereka apabila Namat Abdullah, dengan sepakannya yang kuat, melambungkan bola kepada Mokhtar Dahari yang sedia melompat untuk menanduk bola ke dalam jaringan dan memastikan kemenangan 3-1.

Jurulatih Abdul Ghani Minhat pastinya berbangga dengan prestasi Harimau Malaya sebelum mereka menghadapi Sukan SEAP 1973 pada bulan September di Singapura.

//

On August 12, 1973, Malaysia were against first-timers Kuwait for the final match of the 17th Merdeka Tournament. The year before, Malaysia fell to South Korea and were declared runner-ups after the finals. 

Malaysia first met Kuwait in the group selection match where the score was 0-0 before Malaysia won 3-2 through a penalty shootout. On their way to the finals, Malaysia’s results were as below:

Malaysia 1 – 0 Cambodia (Soh Chin Ann 20’)
Malaysia 2 – 2 Thailand (Wan Hassan 21’, Mokhtar Dahari 52’)
Malaysia 4 – 0 India (Rahim Abdullah 20’, Namat Abdullah 60’, Harun Jusoh 62’, Mokhtar Dahari 88’)
Malaysia 1 – 2 South Korea (Wong Voon Leong 67’)
Malaysia 2 – 1 Burma (Wong Choon Wah 10’, Namat Abdullah 61’)

Led by team captain M. Chandran, Harimau Malaya were ready to battle with confidence as pressure was on to be crowned Merdeka Tournament champions once again. Their last victory was in 1968 where Malaysia secured a 3-0 win over Burma in the final match. 

Kuwait claimed the first goal two minutes into the match through Hussain Mohamed, which brought the Malaysian team on their feet. Scoring first for Malaysia was Mokhtar Dahari in the 14th minute before Harun Jusoh shot the ball past the Kuwaiti goalkeeper six minutes later. 

When the match restarted in the second half, it was still Malaysia in power as Namat Abdullah set up their third goal with a forceful kick that sent the ball looming. Awaiting to pounce was Mokhtar Dahari who leaped to send in a header and secure Malaysia’s 3-1 win. 

Coach Abdul Ghani Minhat was certainly proud of their victory as they were headed to take on the 1973 Singapore SEAP Games next in September.

Leave A Reply

Your email address will not be published.