Razif & Jalani Sidek – Pemenang pingat Sukan Olimpik pertama Malaysia

Badminton dipertandingkan buat kali pertama di pentas Olimpik pada tahun 1992. Sebelum itu, ia diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi pada Sukan Olimpik Munich 1972, di mana Malaysia memperoleh pingat perak secara tidak rasmi dalam acara beregu lelaki.

Bagi acara tersebut, Malaysia diwakili oleh Ng Boon Bee dan Punch Gunalan. Pasangan legenda negara berjaya menewaskan Oppei Kojima (Jepun) & Suresh Goel (India) dalam perlawanan pertama dan duo Jerman Willi Braun & Roland Maywald pada peringkat separuh akhir. Malangnya, mereka tewas kepada pasangan Indonesia Ade Chandra & Christian Hadinata 4-15, 15-2, 11-15 pada perlawanan akhir.

20 tahun kemudian, sebagai pengurus pasukan badminton pada tahun 1992, harapan Punch Gunalan terletak pada adik-beradik Sidek untuk membawa pulang pingat Olimpik. Pada masa itu, Rashid Sidek di kedudukan No. 2 dalam acara perseorangan manakala Razif & Jalani berada di No. 3 dalam acara beregu. 

Pasukan badminton negara yang baru sahaja dinobatkan juara Piala Thomas selepas 25 tahun, berada pada tahap keyakinan yang tinggi. Kejayaan Malaysia tercapai setelah menewaskan Indonesia 3–2 pada pusingan akhir. Pada waktu yang sama tekanan tinggi turut dirasai oleh pasukan Malaysia termasuk tiga beradik Sidek, Foo Kok Keong, serta gandingan Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang.

Dalam acara perseorangan lelaki, Foo Kok Keong tewas pada pusingan ketiga kepada Ardy Wiranata dari Indonesia (4-15, 6-15) yang selepas itu berjaya merangkul pingat perak. Rashid Sidek berjaya mara ke suku akhir tetapi kalah kepada pemain Denmark, Thomas Stuer-Lauridsen 2-15, 8-15. 

Perjalanan Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang malangya berakhir di pusingan pertama setelah tumpas kepada pasangan dari China, Li Yongbo dan Tian Bingyi, dalam acara beregu lelaki. 

Harapan Malaysia bergantung kepada Razif & Jalani Sidek yang berjaya mengharungi kejohanan sehingga pusingan separuh akhir, di mana mereka bertemu Park Joo Bong & Kim Moon Soo dari Korea Selatan, pasangan No. 1 dunia pada masa itu. Perlawanan tersebut berakhir dengan adik-beradik Sidek tewas 11-15, 13-15. 

Walaupun mereka kecewa dengan persembahan yang hanya memperoleh pingat gangsa (dikongsi dengan China; perlawanan tempat ketiga tidak dimainkan), Razif & Jalani Sidek telah mencipta sejarah dengan memenangi pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam dunia badminton.

Bagi Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia telah layak dalam setiap acara badminton. Mewakili Malaysia pada edisi ini ialah Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia & Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan & Thinaah Muralitharan (beregu wanita), dan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei (beregu campuran). 

Selamat maju jaya, kami ucapkan!

//

1992 was the first year badminton was contested on the Olympic stage. It was first played as a demonstration sport at the 1972 Munich Olympic Games, where Malaysia managed to secure a Silver win in Men’s Doubles. 

In that event, Malaysia was represented by Ng Boon Bee and Punch Gunalan, defeating Oppei Kojima (Japan) & Suresh Goel (India) in the first round and Germany’s Willi Braun and Roland Maywald in the semi-finals. The Malaysian pair unfortunately lost to Ade Chandra and Christian Hadinata (4-15, 15-2, 11-15) in the final match. 

20 years later, as manager of the badminton contingent in 1992, Punch Gunalan’s hopes now lie on the Sidek brothers to bring home a medal. At the time of the Olympics, Rashid Sidek was seeded second in singles while Razif and Jalani were third in doubles. 

There was confidence for the nation’s badminton players as Malaysia were recently crowned champions of the Thomas Cup after a 25-year drought. The Malaysian team secured their victory after defeating Indonesia 3–2 in the final round. It also meant that pressure was high for the players, which included the three Sidek brothers, Foo Kok Keong (Singles), as well as Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang (Doubles). 

In Men’s Singles, Foo Kok Keong crashed out in the third round, losing to Silver medalist Ardy Wiranata from Indonesia (4-15, 6-15) while Rashid Sidek managed to reach the quarter finals but lost to Denmark player Thomas Stuer-Lauridsen 2-15, 8-15. 

Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang unfortunately did not advance further than the first round after being defeated by Chinese duo Li Yongbo and Tian Bingyi. 

It was down to Razif & Jalani Sidek who flew through their matches until the semi-finals, where they were defeated by No. 1 seeds, Park Joo Bong and Kim Moon Soo, from South Korea. The gruelling match ended with the Sidek brothers losing 11-15, 13-15. 

While they were disappointed to have lost and only received the bronze medal (shared with China as no third place match was played), Razif & Jalani Sidek made history by clinching Malaysia’s first medal in Olympic history and reassured Malaysia’s dominance in world badminton.  

For the 2024 Paris Olympic Games, Malaysia has qualified in every badminton event. Representing Malaysia in this edition are Lee Zii Jia (men’s singles), Goh Jin Wei (women’s singles), Aaron Chia & Soh Wooi Yik (men’s doubles), Pearly Tan & Thinaah Muralitharan (women’s doubles), and Chen Tang Jie & Toh Ee Wei (mixed doubles).

We wish them all the best.

Leave A Reply

Your email address will not be published.