Rangkuman Galeri Harimau Malaya di Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan

Kami paparkan galeri foto yang sempat dirakam semasa pameran ‘Galeri Harimau Malaya’ di Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 23 – 26 Mei 2024 di Johor Bahru.

Puluhan ribu pengunjung telah berpeluang melihat sebahagian kecil daripada arkib kami seperti jersi, pingat dan pelbagai memorabilia. Mereka juga disajikan dengan informasi dan data daripada secebis sejarah Harimau Malaya serta turut mengenali legenda-legenda bola sepak negara dengan lebih dekat.

Terima kasih, kami sangat menghargai sambutan padu anda semua. Legasi Lagenda akan terus berusaha memelihara khazanah sukan dan memartabatkan kedudukan legenda sukan tanah air. Ternyata objektif kita sama, iaitu keinginan untuk satu tempat yang tetap untuk kita mengabadikan sejarah evolusi Harimau Malaya. Doakan yang terbaik buat kami agar penubuhan sebuah Galeri Harimau Malaya dapat direalisasikan.

Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kami kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana memberi peluang dan ruang serta kepercayaan kepada kami untuk menjayakan pameran Galeri Harimau Malaya di Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan.

Teruskan Ikuti laman sosial kami untuk mengetahui kembara pameran Galeri Harimau Malaya yang seterusnya.

Galeri Harimau Malaya @ Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan

Today we share some snapshots taken during our ‘Galeri Harimau Malaya’ exhibition at the 2024 National Unity Week, which took place from 23 – 26 May, 2024 in Johor Bahru.

Tens of thousands of visitors had the opportunity to see a small part of our archive, which included jerseys, medals and various memorabilia and thus learn more about a piece of Harimau Malaya history through information and data, as well as get to know Malaysian football legends closer.

Thank you to everyone who visited, we really appreciate the great response. Legasi Lagenda will continue our strive in preserving our national sports treasures and upholding our legends. It’s evident that our objective is the same, which is to have a permanent place to immortalise the historical evolution of Harimau Malaya, and we would appreciate the support for us to realise this initiative.

Not forgetting our highest thanks and appreciation to the Ministry of National Unity for allowing us the space and opportunity as well as the trust to make Galeri Harimau Malaya a success at the 2024 National Unity Week celebrations.

Stay tuned and follow us across our social media to find out where Galeri Harimau Malaya will land next as we take it on the road.

Leave A Reply

Your email address will not be published.