Selamat Hari Lahir, Datuk James Wong!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-70 kepada legenda bola sepak negara, Datuk James Wong!

Berusia hanya 15 tahun, James mewakili Sabah untuk pertama kali apabila dipilih untuk bermain di Piala Burnley 1969. Pada tahun itu, Sabah and Selangor diisytiharkan sebagai johan bersama setelah seri 1-1 pada perlawanan akhir.

Beberapa tahun kemudian, beliau menyertai skuad senior Sabah serta pasukan kebangsaan. Walaupun beliau menerima banyak tawaran untuk bermain dengan kelab lain setelah membuktikan bahawa beliau penyerang yang hebat, James tetap setia kepada negeri kelahirannya sehinggalah beliau bersara pada tahun 1986.

Gandingan hebat antara James dan penyerang Sabah, Hassan Sani, menjadikan mereka sangat disegani dan meningkatkan prestasi Sabah. Pada tahun 1979, Sabah berada di tempat kedua Liga Malaysia yang pertama (asalnya sebagai pusingan kelayakan Piala Malaysia). Sabah juga merupakan pasukan dengan jumlah gol terbanyak yang dijaringkan iaitu 49.

Bersama pasukan negara, James bermain dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Asia 1974, di mana Malaysia membawa pulang pingat gangsa, dan Kelayakan Sukan Olimpik 1980.

Kelayakan Sukan Olimpik 1980 membawa peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam kerjaya bola sepak James, iaitu apabila beliau menjaringkan gol kemenangan untuk mengalahkan Korea Selatan 2-1 dan melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik. Ia merupakan detik yang paling membanggakan bagi beliau.

Namun, hasrat beliau untuk beraksi di pentas Olimpik terkubur apabila Malaysia membuat keputusan untuk memboikot Sukan Olimpik Moscow 1980. Walaupun pasukan negara dapat menjelajah dunia sebagai ganjaran, kenangan tersebut masih sedih bagi James yang baru sahaja menikmati detik tinggi dalam kerjaya bola sepak beliau.

Kami berharap segala pengorbanan dan komitmen yang Datuk James Wong telah memberi kepada dunia bola sepak menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang. Semangat juang yang tinggi membolehkan beliau berada di mercu tertinggi sebagai seorang pemain bola sepak.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

Legasi Lagenda wishes a happy 70th birthday to national football legend Datuk James Wong!

At only 15 years old, James first represented Sabah when selected to compete for the 1969 Burnley Cup. Sabah and Selangor were declared joint champions after a 1-1 draw.

A couple of years later, he joined the Sabah senior squad and the national team shortly after. Although he received numerous offers to play with other clubs after proving himself to be a formidable striker, he remained loyal to his homeland until he retired in 1986.

James’ compatibility with Sabahan striker Hassan Sani led them to be a successful and well-respected pairing, both amping up Sabah’s performance. In 1979, Sabah were runners-up in the first ever Malaysian League, originally a qualifying round for the Malaysia Cup, while also being the team with the highest number of goals scored at 49.

With the national team, James has played in various tournaments including the 1974 Asian Games where Malaysia brought home the bronze medal, and the 1980 Pre-Olympic Qualifiers.

The latter was a momentous occasion in James’ football career as he scored the winning goal to defeat South Korea 2-1 and qualify Malaysia for the Olympic Games. It was his proudest moment when representing the country. However, his dream was cut short as Malaysia had made the decision to boycott the 1980 Moscow Olympic Games. Eventhough the team was rewarded with a world tour, he recalls sad memories following his career high.

We hope Datuk James Wong’s sacrifices and commitment to football become an inspiration for generations to come. His fighting spirit drove him to be the best football player he could be.

Leave A Reply

Your email address will not be published.