Peluang terakhir untuk mengunjungi #GaleriHarimauMalaya!

Sempena hari perlawanan ini, kami mempamerkan jaket daripada seorang legenda bola sepak Terengganu, Zulkifli Hamzah, atau lebih dikenali sebagai ‘Young Boy’. Jaket tersebut telah dipakai oleh skuad Harimau Malaya yang layak ke Sukan Olimpik 1980 semasa ‘World Tour’ mereka.

Jemput datang ramai-ramai untuk melihat sebahagian daripada arkib Legasi Lagenda termasuk

⚡️jersi arwah Mokhtar Dahari

⚡️ tracksuit Sukan Olimpik Munich 1972 arwah Namat Abdullah

⚡️ pingat-pingat kemenangan Harimau Malaya

… dan banyak lagi!!

Kepada semua peminat bola sepak di Terengganu, jangan lepaskan peluang ini untuk mendekati khazanah negara hanya untuk satu hari lagi.

Jangan lupa singgah booth kami sebelum perlawanan Harimau Malaya v Papua New Guinea malam ini!

⚽️ Festival Harimau Malaya anjuran Fit Terengganu
⚽️ Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak

Leave A Reply

Your email address will not be published.