Selamat Hari Lahir, Zulkifli Hamzah!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-64 kepada Zulkifli Hamzah!

Dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Terengganu, Zulkifli bercita-cita untuk bermain bola sepak demi negara sejak kecil lagi. Impian beliau bermula menjadi realiti apabila beliau dipilih untuk menganggotai pasukan belia Terengganu di Piala Razak 1976.

Dengan bakat dan dedikasi yang terserlah, Zulkifli dapat menyertai skuad senior Terengganu setahun kemudian, di mana beliau adalah salah seorang penyerang utama di Piala Malaysia 1978. Pada tahun 1980, Zulkifli merupakan antara penjaring gol terbanyak Piala Malaysia walaupun Terengganu kehilangan tempat ke separuh akhir akibat kekalahan 4-2 kepada Selangor.

Zulkifli dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali bersama Malaysia B untuk Pestabola Merdeka 1979. Beliau kemudian menjadi anggota pasukan termuda untuk skuad Kelayakan Pra-Olimpik Moscow 1980, pada usia 21 tahun di mana Malaysia muncul juara. Malangya, Zulkifli tidak berpeluang untuk beraksi di pentas Olimpik akibat pemulauan temasya sukan tersebut oleh kerajaan Malaysia.

Semoga segala kejayaan and pengorbanan beliau akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes Zulkifli Hamzah a happy 64th birthday!

Born in Kelantan and raised in Terengganu, Zulkifli had dreamed of playing football for his country ever since he was young. His dream was on its way to become a reality when he played for Terengganu’s youth team at the 1976 Razak Cup.

His talent and dedication to the sport led him to join Terengganu’s senior squad a year later, where he was one of the main strikers for the Malaysia Cup. In 1980, Zulkifli Hamzah was one of the top scorers at the Malaysia Cup even though Terengganu lost a place in the semi-finals after a 4–2 defeat by Selangor.

Zulkifli’s first national call-up was for the Malaysia B team at the 1979 Merdeka Tournament. He then became the youngest player to join the 1980 Pre-Olympic squad, at 21 years old, where Malaysia emerged victorious. Unfortunately, Zulkifli did not get a chance to play at the Olympics due to Malaysia’s boycott.

We hope that his sacrifices and successes will always be remembered and be an inspiration for generations to come.

(Original photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.