Harimau Malaya mara ke Perlawanan Akhir Pra-Olimpik 1980

Pada perlawanan pertama mereka di Kelayakan Asia (Kumpulan 2) Sukan Olimpik 1980, pasukan Malaysia menunjukkan aksi yang hebat apabila membelasah Indonesia 6-1. Pada separuh masa, Malaysia mendahului 3-0 melalui dua gol daripada Khalid Ali dan satu jaringan Hassan Sani. 

Kedua-dua mereka terus menunjukkan kehandalan masing-masing dengan Hassan Sani menambah dua jaringan gol pada minit ke-48 dan ke-69 sebelum Khalid Ali menjaringkan gol terakhir Malaysia pada minit ke-80. Tentunya mereka berdua merupakan bintang perlawanan tersebut. Indonesia pula berjaya menjaringkan satu gol lima minit sebelum tamat perlawanan. 

Pada perlawanan kedua, Malaysia mengejutkan pasukan pilihan ramai Korea Selatan dengan kemenangan agak besar 3-0. Malaysia mempamerkan persembahan yang baik dan kecemerlangan penjaga gol R. Arumugam menambah keyakinan pasukan.

James Wong berjaya mejaringkan gol pertama 7 minit dalam perlawanan sebelum tandukan Khalid Ali mencecah jaring pada minit ke-32. Dalam satu serangan balas yang pantas setelah kubu Malaysia ditekan, pasukan negara berjaya menambah jaringan melalui gol sendiri pemain Korea Selatan Choi Jung Duck sebelum wisel penamat dibunyikan. 

Malaysia meneruskan momentum tanpa kalah setelah menewaskan Brunei 3-1. Zulkifli Hamzah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-13 setelah Brunei membuka tirai jaringan tiga minit sebelumnya. Setelah terikat seri 1-1 untuk sebahagian besar perlawanan, Malaysia berjaya memperoleh dua gol lagi menerusi James Wong pada minit ke-71 dan ke-87.

Pada perlawanan Malaysia seterusnya, pasukan Jepun memeranjatkan semua dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-8. Dapatkah pasukan ini menamatkan rekod tanpa kalah pasukan kebangsaan? Kemungkinan itu kekal sehinggalah kapten Soh Chin Ann menjaringkan gol penyamaan 15 minit sebelum wisel penamat. 

Malaysia sekarang berada dalam kedudukan yang baik untuk mara ke perlawanan akhir. Malaysia mencapai kemenangan mudah 8–0 ke atas Filipina dalam perlawanan terakhir mereka pada peringkat kumpulan. Gol-gol dijaringkan oleh Hassan Sani (2), Khalid Ali (2), Ramili Junit (2), Jamal Nasir dan Abdah Alif. 

Kejayaan besar itu mengesahkan tempat Malaysia dalam perlawanan akhir Kelayakan Pra-Olimpik 1980 selaku johan kumpulan. Mereka akan bertemu dengan Korea Selatan sekali lagi untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik 1980.

Nantikan sambungan kisah pasukan Harimau Malaya dalam post kami yang seterusnya.

Malaysia: R. Arumugam, Soh Chin Ann, Santokh Singh, Jamal Nasir, Kamaruddin Abdullah, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Khalid Ali, Hassan Sani, James Wong, Abdullah Ali, Abdah Alif, Zulkifli Hamzah, Ramli Junit, Wan Jamak Hassan, Tukamin Bahari, Ong Yu Tiang, Peter Rajah, S. Pushpanathan 

Jurulatih: Karl Weigang

Pembantu Jurulatih: Mohamad Bakar

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

In their opening match of the Asia Group Two Pre-Olympic Games, Malaysia gave a mighty performance by defeating Indonesia 6-1. At half time, Malaysia was leading 3-0 after two goals from Khalid Ali and one from Hassan Sani. 

Both of them continued their scoring prowess with Hassan Sani’s goals in the 48th and 69th minutes before Khalid Ali brought it home with the final goal in the 80th minute. These two were definitely the stars of the match. Meanwhile, Indonesia managed to land a goal five minutes from the end. 

For their second match, Malaysia met with hopeful favourites, South Korea and delivered a 3–0 upset. Malaysia showed great technique to survive as goalkeeper R. Arumugam’s many saves gave his teammates confidence. 

James Wong scored the first goal 7 minutes into the match before Khalid Ali scored with a header in the 32nd minute. In a swift counter-attack after the Malaysian defence was under pressure, the national team managed to add one more as South Korea’s Choi Jung Duck sent in an own goal before the final whistle blew. 

Unbeaten, Malaysia continued their streak with a 3–1 over Brunei. Zulkifli Hamzah scored their first goal in the 13th minute to equalise Brunei’s successful attempt three minutes earlier. After a draw for the majority of the match, Malaysia managed to secure two goals through James Wong in the 71st and 87th minutes. 

In their next match, Japan surprised everyone by scoring the first goal 8 minutes in. Would this end Malaysia’s undefeated record? It seemed possible until captain Soh Chin Ann scored the equaliser with 15 minutes to spare. 

Malaysia remained on track to advance to the final round. Their last match against the Philippines was an easy victory after defeating them 8-0. Goals were scored by Hassan Sani (2), Khalid Ali (2), Ramli Junit (2), Jamal Nasir, and Abdah Alif. 

The goal-filled triumph confirmed Malaysia’s place in the final match, where they would face South Korea once again for a spot at the 1980 Moscow Olympic Games. 

Stay tuned for our next post to see how they fared. 

Malaysia: R. Arumugam, Soh Chin Ann, Santokh Singh, Jamal Nasir, Kamaruddin Abdullah, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Khalid Ali, Hassan Sani, James Wong, Abdullah Ali, Abdah Alif, Zulkifli Hamzah, Ramli Junit, Wan Jamak Hassan, Tukamin Bahari, Ong Yu Tiang, Peter Rajah, S. Pushpanathan 

Coach: Karl Weigang

Asst. Coach: Mohamad Bakar

Leave A Reply

Your email address will not be published.