Sukan SEAP 1959 – Edisi Sulung

1959 menandakan lembaran baharu untuk sukan di Asia Tenggara. Sebuah kejohanan yang meliputi pelbagai acara sukan dicadangkan oleh Luang Sukhum Nayapradit, naib presiden Majlis Olimpik Thailand pada masa itu. Setelah dipersetujui oleh negara-negara jiran Myanmar, Kemboja, Laos, Singapura, Malaya dan Vietnam Selatan, Sukan SEAP yang sulung diputuskan untuk diadakan di Bangkok, Thailand. 

Pada majlis pembukaan Sukan SEAP 1959, pemain bola sepak Abdul Ghani Minhat dipilih sebagai pembawa obor Malaya. Pasukan bola sepak negara membawa pulang pingat gangsa setelah menentang Burma, Vietnam Selatan dan tuan rumah Thailand.

Malaya memenangi perlawanan Sukan SEAP pertama mereka setelah menewaskan Burma 2–1. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Robert Choe. Burma menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 tetapi Malaya berjaya menyamakan mereka menerusi sepakan penalti pada minit ke-60. Dua minit kemudian, Choe menghasilkan gol sekali lagi untuk memberikan Malaya kemenangan pertama mereka. 

Malaya kemudian tewas 3–1 kepada Thailand walaupun berjaya menghasil satu gol menerusi Abdul Ghani Minhat. Sokongan padu yang diberikan oleh penyokong pasukan tuan rumah  bagaikan berjaya mematahkan semangat pasukan kebangsaan.

Pada perlawanan terakhir mereka, Malaya bertemu Vietnam Selatan dalam pertarungan yang panas. 

Vietnam Selatan menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 menerusi Do Thoi Vinh sebelum Robert Choe menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian. Tidak lama selepas itu, pergaduhan tercetus antara S. Govindarajoo dan Thoi Vinh, sebelum Thoi Vinh digantikan dengan pemain lain. 

Permainan berterusan dengan kasar dan  bertambah buruk lagi pada separuh masa kedua apabila Govindarajoo menjaringkan gol kemenangan Malaya. Beberapa pemain daripada kedua-dua pasukan turut menyertai pergaduhan antara Govindarajoo dan Tran Da Ty sebelum pengadil menghentikan perlawanan dan menghantar kedua-dua pemain tersebut keluar dari padang. Permainan menjadi tenang sebelum wisel penamat dibunyikan. 

Ketiga-tiga pasukan – Vietnam Selatan, Thailand dan Malaya – mendapat jumlah mata yang sama setelah masing-masing meraih dua kemenangan dan mengalami satu kekalahan. Namun begitu dengan kelebihan perbezaan jaringan gol, Vietnam Selatan dan Thailand mara ke peringkat akhir dan Malaya pulang dengan pingat gangsa. Burma pula kalah ketiga-tiga perlawanan dan berada di tangga tercorot.

Pada perlawanan akhir, Vietnam Selatan menewaskan tuan rumah, Thailand, 3–1 untuk memenangi pingat emas.

Skuad Malaya: Sexton Lourdes, Ng Mun Keai, Cheah Cheng Kok, Tang Choong Hing, R. Anthony, M. Joseph, Abdul Ghani Minhat, P. A. Gunasegaram, Ng Boon Bee, Yusoff Bakar, Ahmad Nazari, Mok Wai Hoong, Edwin Dutton (Kapten), Wong Kam Seng, Arthur Koh, Robert Choe. S. Govindaraju, Stanley Gabrielle.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Sukan SEAP 1959 – The First Edition

1959 marked a new dawn for sport in Southeast Asia. The idea of a multi-sport event was proposed by Luang Sukhum Nayapradit, then vice-president of the Thailand Olympic Committee. After it was agreed by neighbouring countries Myanmar, Cambodia, Laos, Malaya and South Vietnam, the inaugural Games were decided to be held in Bangkok Thailand. 

At the opening ceremony, footballer Abdul Ghani Minhat was chosen as Malaya’s torch bearer. The Malayan football team secured a bronze medal at the Games, where they were up against Burma, South Vietnam and hosts Thailand. 

Malaya won their first ever SEAP Games match after defeating Burma 2–1 through goals scored by Robert Choe. Burma scored first in the 42nd minute but Malaya managed to equalise with a penalty kick in the 60th minute. Two minutes later, Choe scored again to give Malaya their first win. 

Malaya then lost 3–1 to Thailand but managed to secure one goal through Abdul Ghani Minhat. Thailand had the support of their home fans, which left Malaya feeling slightly uninspired to force an attack. 

For their final match, Malaya met South Vietnam in a fiery fight. 

South Vietnam scored first in the 27th minute through Do Thoi Vinh before Robert Choe equalised nine minutes later. A quarrel broke out soon after between S. Govindarajoo and Do Thoi Vinh, before Vinh was replaced with another player. 

Play continued in a rough manner and only worsened in the second half after Govindarajoo gave Malaya their winning goal. Several players from both sides joined in Govindarajoo and Tran Da Ty’s blow out before the referee stopped the match and sent the two players off the field. The game slowed down before the final whistle blew. 

Three teams – South Vietnam, Thailand, Malaya – ended the round with the same number of points after each of them won two matches and lost one. However, with the advantage of goal difference, South Vietnam and Thailand advanced to the final round and Malaya brought home a bronze medal. Meanwhile, Burma lost all three matches and were at the bottom of the table. 

In the final round, South Vietnam defeated hosts Thailand 3–1 to clinch the gold medal. 

Malaya squad: Sexton Lourdes, Ng Mun Keai, Cheah Cheng Kok, Tang Choong Hing, R. Anthony, M. Joseph, Abdul Ghani Minhat, P. A. Gunasegaram, Ng Boon Bee, Yusoff Bakar, Ahmad Nazari, Mok Wai Hoong, Edwin Dutton (Captain), Wong Kam Seng, Arthur Koh, Robert Choe. S. Govindaraju, Stanley Gabrielle.

Leave A Reply

Your email address will not be published.