33 Tahun Lalu: 1989 Sukan SEA Kuala Lumpur

33 tahun lalu, pada hari ini, Malaysia sebagai tuan rumah mengadakan upacara pembukaan Sukan SEA ke-15 dengan gilang gemilang di Stadium Merdeka. Ini merupakan kali keempat negara kita menjadi hos selepas 1965, 1971 dan 1977. 

Majlis perasmian berlangsung dengan persembahan hebat yang penuh berwarna-warni. Penonton yang membanjiri Stadium Merdeka memberi sorakan gemuruh kepada lebih 3,000 atlet dan tetamu yang hadir serta perarakan yang diketuai maskot Sukan SEA, seekor penyu hijau bernama Johan. Persembahan gimnastik dan tarian yang mengetengahkan kebudayaan Malaysia turut dihidangkan kepada penonton. 

Sebagai simbol perpaduan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Aziz Shah melepaskan burung merpati untuk meraikan 9 daripada 10 negara Asia Tenggara yang telah berkumpul untuk temasya sukan itu. Kemboja tidak menyertai pada edisi kali ini. 

Larian obor turut diadakan buat kali pertama untuk menyemarakkan semangat, seolah-olah suasana di Sukan Olimpik. Larian bermula di Pulau Pinang dan derma sebanyak RM1.36 juta telah berjaya dikumpul setelah obor yang dibawa sejauh 600 km masuk ke Stadium Merdeka. Apinya dinyalakan oleh bekas pelari pecut negara Shahrudin Mohd Ali dan bekas pemain badminton Sylvia Ng. 

Setelah membawa pulang 35 pingat emas di Sukan SEA Jakarta 1987 (143 termasuk pingat perak dan gangsa), Malaysia mempunyai sasaran untuk memenangi sebanyak 50 pingat emas.  

Semangat patriotik untuk bersaing di tanah air sendiri pastinya mendorong Malaysia untuk memberi prestasi yang terbaik. Akhirnya, Malaysia mencapai tempat kedua untuk juara keseluruhan di belakang negara jiran, Indonesia. 

Malaysia mengakhiri Sukan SEA 1989 dengan memperolehi 200 pingat: 67 emas, 58 perak dan 75 gangsa. 

Sukan manakah yang memberikan Malaysia jumlah pingat emas tertinggi? Nantikan paparan kami yang seterusnya. 

//

33 years ago today, Malaysia held the opening ceremony of the 15th SEA Games at Merdeka Stadium. This was the fourth time Malaysia hosted the event after 1965, 1971 and 1977. 

The ceremony itself displayed a spectacle of colours and performances. Merdeka Stadium was packed as the crowd cheered on the over 3,000 athletes and guests in attendance, with a parade led by the Games’ mascot, Johan the green turtle. They were also treated to a gymnastics performance and a show highlighting the cultural dances of Malaysia. 

As a symbol of unity, Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah released a dove to celebrate the nine out of 10 South-east Asian countries who have come together for the Games. Cambodia did not participate that year. 

The KL SEA Games also held a torch relay for the first time, fueling the spirit as though we were at the Olympic Games. The run started in Penang and raised RM1.36 million as the torch was brought 600km to Merdeka Stadium, where the flame was lit by former national sprinter Shahrudin Mohd Ali and former badminton player Sylvia Ng. 

After bringing home 35 gold medals at the 1987 Jakarta SEA Games (143 in total), Malaysia had a new target of 50. 

The pride of having the Games set at home gave the nation their best performance yet and they were placed second for overall champion behind Indonesia.

Malaysia ended the Games with a total of 200 medals; 67 gold, 58 silver and 75 bronze. 

Which sport gave Malaysia the highest number of gold medals? Stay tuned.

Leave A Reply

Your email address will not be published.