Jersi Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989

Hari ini kami tayangkan jersi Harimau Malaya tahun 1989 seperti yang disarungkan di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Adakah anda kenal tandatangan pemain Malaysia?

Pada tahun 1989, Malaysia sekali lagi memenangi pingat emas bagi sukan bola sepak di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur selepas ketandusan selama sedekad. Kali terakhir pasukan kebangsaan muncul juara adalah pada tahun 1979 di Jakarta, apabila mereka mengalahkan tuan rumah 1 – 0 di perlawanan akhir. Mokhtar Dahari menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-21.

Selepas kegagalan dalam empat edisi Sukan SEA, Harimau Malaya dahagakan kemenangan, Pasukan kebangsaan diletakkan di Kumpulan B dan berjaya menjuarai kumpulan tersebut tanpa kalah dengan menewaskan Filipina (3-0), Brunei (2-1) dan Indonesia (2-0). Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir apabila mengalahkan Thailand 1–0 di separuh akhir dengan gol hasil jaringan Zainal Abidin sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Ini merupakan kali pertama Malaysia bertemu Singapura di final. Pasukan negara pastinya rasa yakin selepas mendapat gol awal pada minit ke-8 menerusi gol sendiri pemain pertahanan Singapura, Borhan Abu Samah. Namun begitu, Singapura berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Fandi Ahmad dalam minit ke-39 dan ini memaksa pasukan negara mempertingkatkan permainan. Ini terbukti dengan prestasi yang lebih mantap pada separuh masa kedua apabila Malaysia berjaya menjaringkan dua lagi gol. Lim Teong Kim menjaringkan gol pada minit ke-59 dan seminit selepas itu Dollah Salleh mencetak satu lagi gol untuk memastikan kemenangan dan pingat emas kepada Malaysia.

Pasukan Malaysia: 
Rashid Hassan, Salim Mahmud, Lee Kin Hong, Serbegeth Singh (Chow Siew Yai), Razip Ismail, Ahmad Yusoff, Lim Teong Kim, Mat Zan Mat Aris, P. Ravindran (A. Anbalagan), Dollah Salleh, Zainal Abidin 

Pasukan Singapura:
Abdul Malek, Ishak Saad, T. Pathmanathan, Borhan Abu Samah, A.R.J. Mani, Hazali Nasiron, Hasnim Haron, Yahya Madon (Salim Moin), D. Tokijan, Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy

(Kredit foto pasukan kebangsaan: Arena Bolasepak)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

//

Today we dust off a Harimau Malaysia jersey from 1989 as worn at the KL SEA Games.

In 1989, Malaysia once again won the gold medal for football at the Kuala Lumpur SEA Games after a decade-long drought. The last time they emerged victorious was at the 1979 Jakarta SEA Games, where they defeated host nation Indonesia 1 – 0 in the final match. Mokhtar Dahari scored the winning goal in the 21st minute. 

After four fruitless editions of the SEA Games, Malaysia was hungry for a win. The national squad was placed in Group B and ended on top after defeating the Philippines (3-0), Brunei (2-1) and Indonesia (2-0) without a falter. Malaysia then secured a spot in the gold medal match after defeating Thailand 1-0, thanks to a winning shot by Zainal Abidin Hassan nine minutes before the final whistle blew.

This was Malaysia’s first time meeting Singapore in a final match. The team must have felt confident after an early own goal by Singaporean defender Borhan Abu Samah. However, Fandi Ahmad equalized in the 39th minute, leaving Malaysia to step up their game. The national squad proved to play their best by scoring two goals within a minute of each other in the second half – by Lim Teong Kim (59’) and Dollah Salleh (60’). 

Malaysia Lineup: 
Rashid Hassan, Salim Mahmud, Lee Kin Hong, Serbegeth Singh (Chow Siew Yai), Razip Ismail, Ahmad Yusoff, Lim Teong Kim, Mat Zan Mat Aris, P. Ravindran (A. Anbalagan), Dollah Salleh, Zainal Abidin 

Singapore Lineup:
Abdul Malek, Ishak Saad, T. Pathmanathan, Borhan Abu Samah, A.R.J. Mani, Hazali Nasiron, Hasnim Haron, Yahya Madon (Salim Moin), D. Tokijan, Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy

(National team photo credit: Arena Bolasepak)

Leave A Reply

Your email address will not be published.