Kembara pasukan Piala Thomas yang pertama, 1949 (Bahagian 4) – Malaya muncul juara

Setelah dua minggu pelayaran di lautan, 2 bulan berkelana di tempat asing, pasukan badminton Malaya muncul sebagai johan Piala Thomas yang dipertandingkan buat ulung kalinya.

Pada 25-26 Februari 1949, skuad badminton negara menewaskan Denmark 8-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Preston, England.

Seramai 1,060 memenuhi dewan perbandaraan termasuk penderma piala, Sir George Thomas. Walaupun turun tanpa juara Singapura yang mengalami kecederaan di bahu, pasukan Malaya mendahului dengan skor selesa 4-0 untuk dibawa ke hari kedua.

Law Teik Hock, pemain nombor 3 negara dan juara Pulau Pinang yang dinaikkan ke tempat Wong Peng Soon, memulakan pertandingan dengan garang sekali. Beliau cuma mengambil masa 10 minit di set kedua dengan tiada mata berbalas, untuk mengatasi lawannya, pemain nombor satu Denmark, Joern Skaarup.

Keputusan hari pertama final:

Law Teik Hock v. Joern Skaarup
15-5, 15-0 (23 minit)

Ooi Teik Hock v. Mogens Felsby
15-9, 15-2

Yeoh Teck Chye & Chan Kon Leong v. Paul Holm & Ib Olesen
15-4, 15-6

Ooi Teck Hock & Teoh Seng Khoon v. Joern Skaarup & Preben Dabelsteen
15-11, 15-10

Ramai yang menjangkakan pasukan Malaya akan mengutip mata kemenangan dalam perlawanan pertama pada keesokan harinya. Hal ini kerana Law Teik Hock yang cemerlang pada hari pertama akan bertemu pemain termuda Denmark, Mogens Felsby yang berusia 20 tahun. Namun begitu, juara Pulau Pinang itu gagal mengulang kecermelangannya pada hari kedua.

Pasukan Malaya terpaksa menunggu sehingga perlawanan kedua untuk mendapatkan mata kemenangan dan menjulang Piala Thomas buat pertama kalinya dalam sejarah. Juara Malaya Ooi Teik Hock yang berhempas pulas selama 67 minit muncul sebagai hero Malaya untuk menundukkan juara Denmark, Joern Skaarup, 14-18, 15-13, 15-9.

Keputusan hari kedua final:

Law Teik Hock v. Mogens Felsby
11-15, 1-15

Ooi Tek Hock v. Joern Skaarup
14-18, 15-13, 15-9

Ong Poh Lim v. Paul Holm
17-14, 15-8

Chan Kon Leong & Yeoh Teck Chye v. Joern Skaarup & Preben Dabelsteen
15-2, 15-4

Ooi Teik Hock & Teoh Seng Khoon v. Paul Holm & Ib Olesen
15-6, 15-7

Semoga imbasan ini mencetus inspirasi dan menjadi pemangkin buat atlet kita untuk menempah kejayaan yang lebih tinggi.

“Luasnya padang bukan penghalang untuk berjuang
Dalam gelanggang pun tak kurang tak kecundang
Sejarah lama kita kaji
Mengatur rencana dengan pasti
Kisah mereka diteladani
Agar tetap teguh tegak berdiri”

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran

Journey of the first Thomas Cup Team (Part 4) – Malaya are the Champions

After two weeks at sea and two months travelling outside Asia, the Malayan badminton team emerged as the inaugural Thomas Cup champions.

From 25-26 February 1949, the national badminton squad defeated Denmark 8–1 in the final match that was held in Preston, England.

1,060 spectators filled the municipal hall, included trophy donor Sir George Thomas. Despite playing the match without their Singaporean champion due to a shoulder injury, Malaya took a comfortable 4–0 lead to carry forward into the second day.

Law Teik Hock, ranked third in Malaya and Penang champion who took over Wong Peng Soon’s place, started the match fiercely. He only needed 10 minutes in the second set with no return points to overtake his opponent, Joern Skaarup, Denmark’s number one player.

First day results of the final:

Law Teik Hock v. Joern Skaarup
15-5, 15-0 (23 minutes)

Ooi Teik Hock v. Mogens Felsby
15-9, 15-2

Yeoh Teck Chye & Chan Kon Leong v. Paul Holm & Ib Olesen
15-4, 15-6

Ooi Teck Hock & Teoh Seng Khoon v. Joern Skaarup & Preben Dabelsteen
15-11, 15-10

Many fans expected Malaya to collect their victory point in the first match of the next day. This is because Law Teik Hock, who stunned crowds the day before, was going to meet Denmark’s youngest player, 20 year old Mogens Felsby. However, the Penang champion did not quite meet everyone’s expectations.

The Malayan team anxiously waited for the second match in order to get the winning point and lift the Thomas Cup for the first time in history. Malayan champion Ooi Teik Hock, who struggled for 67 minutes against Danish champion Joern Skaarup, emerged as Malaya’s hero after defeating him 14-18, 15-13, 15-9.

Law Teik Hock v. Mogens Felsby
11-15, 1-15

Ooi Tek Hock v. Joern Skaarup
14-18, 15-13, 15-9

Ong Poh Lim v. Paul Holm
17-14, 15-8

Chan Kon Leong & Yeoh Teck Chye v. Joern Skaarup & Preben Dabelsteen
15-2, 15-4

Ooi Teik Hock & Teoh Seng Khoon v. Paul Holm & Ib Olesen
15-6, 15-7

We hope this become an inspiration for our national athletes to achieve greater success in the future.

Leave A Reply

Your email address will not be published.