Malaysia kalahkan tuan rumah Thailand dua kali untuk muncul juara

Bangkit!

Skuad kebangsaan bangkit dari kekalahan 4-1 kepada juara tiga tahun berturut-turut, Korea Selatan, untuk menjuarai Piala Raja Thai edisi ke-5 pada tahun 1972 di Bangkok.

FAM menghantar pasukan keduanya untuk menyahut cabaran kejohanan Piala Raja Thai. Kalendar Harimau Malaya agak padat. Dua lagi pasukan kebangsaan dipersiapkan untuk menghadapai perlawanan persahabatan dengan Jalgeris, kelab divisyen 1 dari Soviet Union yang diadakan di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Setelah kekalahan dalam perlawanan pertama bersama Korea Selatan, pasukan negara mengalahkan Thailand, Singapura dan Indonesia, kesemuanya dengan jaringan 2-0.

Juara kumpulan, Thailand, dan Malaysia di tempat kedua, kemudiannya bertemu lagi di pentas final. Perlawanan akhir itu disaksikan oleh 40,000 penonton di Stadium Nasional Supachalasai. Harimau Malaya berjaya sekali lagi mengejutkan pasukan utama Thailand menerusi jaringan gol Mokhtar Dahari. Pemain sayap kanan R. Visvanathan berjaya mengelecek beberapa pemain pertahanan sebelum membuat umpanan yang disambar Mokhtar. Rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol Thailand, Saravudh Patipakornchai untuk menghasilkan gol tunggal perlawanan.

Malaysia berjaya muncul juara kejohanan buat pertama kalinya sejak ia dipertandingkan pada tahun 1968. Manakala Thailand yang diperkatakan akan menjuarai kejohanan sekali lagi terpaksa menjadi naib juara empat tahun berturut-turut dari tahun 1969. Indonesia merupakan juara pertama kejohanan.

Harimau Malaya akan berentap dengan Gajah Perang di Stadium Al Maktoum, Dubai pada awal pagi esok dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023. Kemenangan akan memastikan pasukan kebangsaan layak ke pusingan ketiga tanpa melalui ‘play-off’.

Semoga sejarah kemenangan menjadi inspirasi kepada anak didik jurulatih Tan Cheng Hoe.

Sama-sama kita doakan kejayaan buat pasukan kebangsaan.

Selamat maju jaya, Harimau Malaya!

Ketua pasukan, Namat Abdullah, menjulang Piala Raja Thai sementara pengurus pasukan Mohammed Tahir Abdul Rahim memegang replikanya.


#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#HarimauMalaya

Malaysia defeats Thailand twice to emerge champions. 

Get up!

The national team bounced back from a 4–1 defeat to three-time champion South Korea to win the 1972 King’s Cup (5th edition) in Bangkok, Thailand. 

FAM sent their second team to take on the challenge of the Thai King’s Cup. Harimau Malaya had a full-packed schedule. Two more national teams were in preparation to face friendly matches with Jalgeris, a Soviet Union Division 1 club, which were held in Ipoh and Kuala Lumpur. 

After their defeat to South Korea in the first match, Malaysia turned things around and went on to defeat Thailand, Singapore, and Indonesia – all with a score of 2–0. 

Group champion Thailand and runner-up Malaysia met again in the final match. The match was witnessed by 40,000 spectators at the Supachalasai National Stadium. Harimau Malaya once again surprised the national Thai team with a goal by Mokhtar Dahari. Right winger R. Visvanathan managed to slip through defenders before making a pass caught by Mokhtar. He then shot the ball through Thailand goalkeeper Saravudh Patipakornchai to produce the only goal of the match. 

It was Malaysia’s first win of the tournament since it was first held in 1968. Thailand, who was thought to win the tournament again, had to settle for runner-up for their fourth consecutive year since 1969. Indonesia was the tournament’s first champion. 

Harimau Malaya will face the War Elephants at Al Maktoum Stadium, Dubai early tomorrow morning in Group G, Round 2 of the 2022 World Cup / 2023 Asian Cup Qualifiers. A victory will secure the team a spot in the third round without going through a play-off. 

We hope this victorious history becomes an inspiration to Tan Cheng Hoe’s players.

Let us all send our best for the national team’s success. 

Good luck, Harimau Malaya! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.