Kembara pasukan Piala Thomas yang pertama, 1949 (Bahagian 1)
Pasukan badminton negara tiba di kota London pada 26hb Disember 1948 setelah perjalanan selama 24 hari di atas kapal laut RMS Carthage.
Cuaca dingin di hujung tahun menyambut mereka dan akan memuncak di awal tahun. Perlawanan Piala Thomas akan berlangsung pada bulan Februari 1949.
Piala Thomas yang diambil daripada nama seorang pemain badminton yang terkenal , Sir George Thomas. Beliau yang kemudiannya menggalas jawatan Presiden International Badminton Federation (IBF) menghadiahkan piala tersebut pada tahun 1940 untuk dipertandingkan. Beliau telah banyak menjuarai Kejohanan All England – juara perseorangan empat tahun berturut-turut dari 1920 hingga 1923, juara beregu sembilan kali dan juara beregu campuran lapan kali.
Piala setinggi 28 inci, diperbuat dengan perak dan disalut sebahagiannya dengan emas, akan dipertandingkan untuk anggota IBF yang terdiri pada waktu itu – Kanada, USA, Sweden, Denmark, England dan Malaya.
Namun begitu, Piala Thomas hanya dapat dijalankan pada tahun 1949 gara-gara Perang Dunia.
USA muncul juara Zon Amerika setelah menumpaskan Kanada 8-1. Satu-satunya wakil dari Zon Pasifik, Malaya akan bertemu USA di Glasgow pada hujung bulan Februari 1949. Pemenang perlawanan ini akan bertembung dengan juara Eropah untuk merebut Piala Thomas yang pertama.
Perlawanan penentuan juara Eropah pula adalah antara Denmark dan England yang dijalankan di Copenhagen pada penhujung Januari 1949.
Kembara pasukan negara yang mengharungi pelayaran di lautan baru bermula. Mereka mempunyai sekitar lapan minggu untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk yang tidak menentu di Britain.
Sama-sama kita mengikuti perkembangan mereka di bahagian selanjutnya…
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
//
The Journey of the first Thomas Cup Team (Part 1)
The national badminton team arrived in London on December 26, 1948 after a 24-day journey on the RMS Carthage.
The winter season welcomed their arrival while the cold weather was expected to peak at the beginning of the next year. The Thomas Cup tournament was taking place in February, 1949.
The Thomas Cup was named after notable badminton player, Sir George Thomas. He, who later assumed the position of President of the International Badminton Federation (IBF), presented the trophy in 1940 to be competed for. He won numerous All England Championships – four-time Men’s Singles champion from 1920 to 1923, nine-time Men’s Doubles champion, and eight-time Mixed Doubles champion.
The 28-inch trophy, made from silver and with partial gold overlay, was for the IBF members at the time to compete – Canada, USA, Sweden, Denmark, England, and Malaya.
However, the inaugural Thomas Cup could only be held in 1949 due to World War II.
USA emerged as the Americas Zone champion after defeating Canada 8 – 1. As the only representative from the Pacific Zone, Malaya would meet USA in Glasgow at the end of February 1949. The winner of this match will face the European champion to compete for the first Thomas Cup.
The Europe Zone match between Denmark and England was scheduled for late January 1949 in Copenhagen.
The national team’s journey across the seas has only begun. They have about eight weeks to to adjust to Britain’s erratic cold weather.
We will follow their development in the next part…